Terima ‘arahan tuhan’ sebelum tembak mati 4 mangsa di Florida

0
108

Grady Judd (kiri) membuat kenyataan mengenai insiden tembakan oleh bekas anggota tentera (kanan) AS di Florida.

FLORIDA – Bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq ditahan semalam selepas menembak mati empat mangsa di sebuah kediaman di Timur Tampa, tengah negeri ini.

Suspek dikenali sebagai Bryan Riley, 33, dipercayai menembak mati seorang wanita berusia 62 tahun, lelaki berusia 40 tahun, seorang wanita 33 tahun dan anaknya berusia tiga bulan.

Seorang remaja berusia 11 tahun yang ditembak sebanyak 7 kali dilaporkan selamat. Turut terbunuh akibat serangan itu seekor anjing.

Suspek yang merupakan bekas penembak tepat pasukan tentera Marine Corps, Amerika Syarikat ditahan dalam satu serangan oleh polis selepas tampil menyerah diri dengan tangan di kepalanya.

Jurucakap polis, Grady Judd berkata, Riley membuat pengakuan berada dalam keadaan khayal ketika kejadian akibat pengambilan dadah jenis syabu.

“Suspek tidak ‘memberi peluang’ kepada pihak polis untuk menembaknya hidup-hidup kerana dia seorang pengecut,” katanya.

Judd menyifatkan kejadian itu antara 3 insiden paling menyayat hati pernah disaksikan sepanjang perkhidmatannya.

“Saya tidak akan dapat melupakan bagaimana seorang bayi maut dalam pelukan ibunya (juga maut) di lantai rumah.

“Dalam rumah bersebelahan, seorang wanita iaitu nenek kepada bayi yang terbunuh juga ditemui mati,” katanya.

Teman wanita Riley memberitahu, Riley yang bekerja sebagai anggota keselamatan kepada sebuah syarikat itu mengalami kemurungan tetapi tidak pernah terlibat dalam sebarang tingkah laku ganas sebelum ini.

Sementara itu siasatan awal polis mendedahkan suspek mengaku menerima ‘arahan’ daripada tuhan sebelum bertindak menembak mangsa-mangsanya.

Sebuah trak yang dibakar oleh suspek dalam kejadian itu.
Kesan tembakan pada salah sebuah rumah insiden tembakan di Florida.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here