Terpulang kepada ibu bapa untuk hantar anak ke sekolah atau tidak

0
85
Dr. Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai risiko penularan wabak Covid-19.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, penjaga yang memutuskan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah apabila ia kembali dibuka pada 3 Oktober ini tidak dianggap melakukan kesalahan dan tiada surat amaran akan dikeluarkan.

Keputusan itu katanya kerana KPM memahami kegusaran ibu bapa ekoran jumlah kes yang masih tinggi dalam negara.

Bagaimanapun katanya, ketidakhadiran anak-anak ke sekolah perlu dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk tujuan rekod.

“Kalau ibu bapa rasa tak selamat, takut (anak-anak dan jagaan) kena denda, tak perlu risau, kerana kami tak akan ambil tindakan displin, tapi perlu ditulis surat.

“Ini merupakan satu keseimbangan yang kita gunakan, dalam kita cuba membawa anak-anak kembali ke sekolah, dan pada yang masa, kita mengambil kira kerisauan mereka,” katanya dalam Sidang Media – Pengoperasian Sekolah, di Putrajaya hari ini.

Pada pengumuman petang ini, murid sekolah menengah khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dibenarkan kembali ke sekolah pada 3 Oktober ini, mulai Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here