Tiada keperluan keabsahan PM di Parlimen

0
19
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

CYBERJAYA – Tiada keperluan untuk mengemukan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan pelantikannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelantikan Ismail Sabri telah mengikut lunas undang-undang.

“Perlembagan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah maka pelantikan Ismail Sabri adalah mengikut lunas undang-undang.

“Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa besar kepada Al-Sultan Abdullah untuk melantik Perdana Menteri yang diyakininya mempunyai sokongan majoriti dan ketika itu 114 Ahli Parlimen menyokong (Ismail Sabri).

“Ini bukan anggapan lagi, memang menghadap Agong. Jadi, dalam masa singkat, saya tidak melihat mereka mengubah pendirian. Jika tempoh masa enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang mengubah fikiran,” katanya.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri dan kerajaan yang telah dibentuk, baru-baru ini.

Jelasnya, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan Kerajaan yang dibuat sebelum ini adalah mengikut lunas undang-undang.

Katanya lagi, ketelitian proses pemilihan dijalankan Al-Sultan Abdullah memilih Perdana Menteri menunjukkan pelantikan Ismail Sabri adalah sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here