“Tiada keperluan wanita libatkan diri dalam sukan” – Kerajaan Afghanistan

0
105
AHMADULLAH WASIQ

KABUL – Kerajaan Afghanistan yang diterajui Taliban menekankan tiada keperluan bagi wanita mengambil bahagian dalam acara sukan.

Menurut The Guardian, perkara itu ditekankan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kebudayaan Afghanistan, Ahmadullah Wasiq dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen Australia, SBS, hari ini.

Dalam temubual itu, Ahmadullah dipetik sebagai berkata, pembabitan wanita dalam sukan seperti kriket, adalah “tidak sesuai” dan “tidak diperlukan”.

“Saya berpendapat, wanita tidak akan dibenarkan bermainkriket kerana ia tidak diperlukan.

“Ada kemungkinan, wajah dan tubuh badan mereka terdedah ketika mengambil bahagian dalam aktiviti sebegitu, dan perkara ini tidak dibenarkan dalam Islam,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam era ini, gambar dan visual sebegitu akan ditayangkan kepada umum, jadi kerajaan tidak akan membenarkan imej sedemikian ditonton oleh ribuan manusia lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here