Tiada vaksin yang berkesan 100 peratus

0
35
Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 274, 234  petugas kesihatan telah mendapat vaksin lengkap.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada saringan berkala Kementerian Kesihatan serta saringan kepada mereka yang bergejala, 11,572 kes (4.22%) dijangkiti Covid-19.

“Daripada jumlah itu, hanya 25 kes (0.11%) sahaja berada di kategori 3, 4 dan 5. Didapati 3703 kes (32%) kategori 1 iaitu riada gejala dan 7,844 kes (67.8%) gejala ringan.

“Keberkesanan Vaksin mengurangkan keparahan (severity) dan mengurangkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham lagi, vaksin juga mengurangkan kes kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi serta mengurangkan keperluan bantuan alat pernafasan. 

“Vaksin tidak sifarkan keparahan dan kematian. Tiada Vaksin yang berkesan 100 peratus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here