Tidak benar belanja RM2 billion untuk buku RMK-12

0
22
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan buku RMK-12 di Parlimen

CYBERJAYA- Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tidak pernah membelanjakan wang sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, buku perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan oleh pegawai-pegawai UPE JPM di bawah selian beliau.

Mustapa berkata, buku berkenaan dihasilkan dengan kerjasama dan input daripada libat urus bersama dengan pelbagai pihak.

“Penyediaan RMK-12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

“Saya berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Anwar ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat mempersoalkan mengapa lebih RM2 billion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK-12.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here