Tidak jatuh nusyuz jika ingkar arahan suami untuk ambil ubatan

0
92
Gambar arkib. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Isteri yang mengingkari tegahan suaminya untuk mengambil ubatan tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz atau ingkar arahan suami.

Perkara itu diputuskan dalam keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis kali ke-54.

Menurut jawatankuasa tersebut, adalah wajib ke atas isteri mentaati suami dalam perkara yang tidak berbentuk maksiat atau tidak menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri atau orang lain.

“Seseorang isteri yang meyakini bahawa pengambilan ubat tertentu dapat menyembuhkan penyakit atau melindunginya daripada kemudaratan berdasarkan pandangan pakar, maka dia boleh mengambilnya sekali pun tanpa persetujuan suami.

“Melanggar tegahan suami dalam hal tersebut tidak termasuk dalam nusyuz,” kata fatwa tersebut.

Fatwa Perlis

Baru-baru ini tular dalam media sosial apabila seorang lelaki sanggup melafazkan taklik ke atas isterinya disebabkan pasangannya itu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Suri rumah berkenaan kemudiannya menghubungi peguam syarie bagi mendapatkan khidmat dan pengesahan sama ada taklik dilafazkan suaminya melalui Facebook itu sah atau sebaliknya.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik melalui Facebook seorang peguam syarie, suami isteri berkenaan adalah pasangan jarak jauh (PJJ).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here