TMJ beri amaran insiden wanita bersalin sendiri tidak patut berulang

0
91
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BHARU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam titah disiarkan di Twitter semalam memberi amaran supaya insiden wanita melahirkan anak secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tidak lagi berulang.

Tunku Ismail bertitah, pihak-pihak yang terbabit akan diberikan peringatan dan amaran supaya menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keselesaan pesakit.

“Saya telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan melihat kenyataan jabatan.

“Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi,” titah baginda.

Kelmarin, seorang wanita membuat dakwaan di dalam Facebook mengenai pengalamannya yang terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19 selepas panggilannya tidak dilayan kakitangan hospital berkenaan.

Berikutan berita yang tular, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu dalam kenyataannya semalam mengesahkan kejadian itu berlaku di HSI.

Beliau berkata, pihak jabatan akan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu dan melakukan penambahbaikan yang perlu.

Ciapan Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here