Ubah suai, naik taraf Kompleks Seri Perdana atas faktor keselamatan PM dan imej negara

0
80
Kompleks Seri Perdana di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, memaklumkan antara faktor lain termasuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri.

“Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi.

“Ia juga melibatkan penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia,” memetik jawapan bertulis bertarikh 27 September itu.

Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri ke-8 di Seri Perdana yang dikatakan membabitkan kos sebanyak RM30 juta.

Beliau juga ingin tahu apa justifikasi projek yang mewah ini perlu dibuat semasa rakyat sedang berperang dan terkesan dengan pandemik Covid-19 selain komponen dan skop yang terlibat.

Memetik jawapan bertulis itu lagi, status pengubahsuaian kediaman rasmi itu pada masa ini dilaksanakan sebagaimana dijadualkan iaitu sehingga 31 Ogos lalu, prestasi semasa kerja-kerja pengubahsuaian telah mencapai 60 peratus kemajuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here