UK berjaya kekang krisis kekurangan bekalan bahan bakar

0
23
GAMBAR HIASAN

LONDON – Krisis kekurangan bahan bakar di stesen petrol yang dicetuskan oleh isu kekurangan pemandu kenderaan berat (HGV) yang melanda seluruh United Kingdom (UK) kini berjaya dikawal.

Menurut Reuters, bagaimanapun, masih terdapat beberapa bahagian negara itu yang masih belum menerima bekalan baharu.

Kerajaan mula mengerahkan anggota tentera bagi mengendalikan penghantaran ke stesen-stesen minyak yang terjejas sejak Rabu.

“Buat masa ini, kita berjaya mengawal krisis itu daripada menjadi lebih teruk,” kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Simon Clarke.

Tinjauan Reuters ke beberapa buah stesen minyak mendapati, masih terdapat barisan panjang pengguna yang cuba untuk mendapatkan bekalan petrol dan diesel, sedang menunggu giliran.

Persatuan Peruncitan Petrol (PRA) yang mewakili kira-kira dua pertiga daripada 8,380 stesen petrol di seluruh UK berkata kelmarin, 27 peratus daripada ahlinya melaporkan mereka sudah kehabisan bekalan, dengan bekalan dijangka hanya akan pulih dalam masa 24 jam.

Krisis ini mencetuskan kecaman di seluruh Eropah, apabila ahli politik di rantau itu mengaitkan isu kekurangan pemandu HGV itu disebabkan oleh keputusan UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Walupun dinafikan oleh ahli politik UK, ribuan pemandu HGV warganegara EU dilaporkan meninggalkan negara itu ketika Brexit dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here