Varian Delta dan Varian Beta menular hampir ke semua daerah di Terengganu

0
94
Grafik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu diminta supaya lebih berwaspada susulan penularan 21 kes barian membimbangkan (VOC) membabitkan 12 kes Varian Delta dan sembilan kes Varian Beta yang menular hampir ke seluruh daerah Terengganu.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, setakat ini hanya daerah Kuala Nerus sahaja yang belum merekodkan sebarang kes varian VOC.

“Terkini, Terengganu telah melaporkan sebanyak 21 kes VOC yang melibatkan 12 kes Delta dan sembilan kes Beta dengan lima kes di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu (empat), Besut (empat), Marang (tiga), Kemaman (dua), Dungun (dua) dan Setiu (satu).

“Besar kemungkinan varian berkenaan telah menular dengan meluas dalam komuniti di semua daerah dengan sekurang-kurangnya satu jenis VOC dilaporkan di seluruh daerah kecuali daerah Kuala Nerus,” jelas kenyataan tersebut.

Sehubungan itu kata JKNT,setiap masyarakat mengambil serius terhadap penularan tersebut.

“Fakta yang sangat penting dan perlu diambil serius oleh setiap rakyat Terengganu adalah kadar kebolehjangkitannya yang tinggi dan sifatnya yang sentiasa berubah-ubah.

“Walaupun individu telah mengambil vaksin, mereka masih belum kebal sepenuhnya. Jangan leka kerana anda masih perlu mengekalkan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal di mana jua anda berada,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pengambilan vaksin akan dapat membendung seseorang itu daripada mendapat jangkitan Covid-19 yang lebih teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here