[VIDEO] Kejohanan catur isi kalendar Malakat Mall di hujung minggu

0
26
Maskot Malakat Mall, Hang Bangkit teruja melihat salah seorang pemain catur yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Catur Atas Talian Malakat Mall 2021, hari ini.

CYBERJAYA – Hujung minggu di Malakat Mall diceriakan lagi dengan penganjuran Kejohanan Catur Atas Talian Malakat Mall 2021, pada hari ini.

Kejohanan itu dianjurkan bersempena Sambutan Hari Malaysia di Malakat Mall.

Kejohanan catur serikan sambutan Hari Malaysia Malakat Mall

Kejohanan yang dianjurkan secara usahasama di antara pusat beli belah Muslim pertama itu dengan pusat latihan catur, AB Chess Sdn. Bhd. berjaya menarik penyertaan seramai kira-kira 30 peserta.

Jurucakap AB Chess, Noor Hafiz Mohd. Nor yang ditemui sejurus tamat kejohanan berkata, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran kejohanan kali ini.

Permainan ini sebenarnya merangsang minda untuk berfikir dengan lebih pantas dan teratur sebelum melakukan pergerakan buah catur.

“Sejujurnya saya amat teruja dan gembira sebab para peserta sangat nantikan (pertandingan sebegini).

“Mereka sangat selesa dengan suasana kejohanan catur yang dilakukan hari ini,” kata Nor Hafiz ketika ditanya mengenai respons para peserta.

Beliau turut menambah, para pencatur amat berharap supaya kejohanan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

“Semestinya, kami turut berharap supaya Malakat Mall dapat menjadi tuan rumah tetap kepada kejohanan sebegini.

“Program sebegini dapat memberi impak kepada komuniti, dan walaupun dalam keadaan berkumpul, tetapi para peserta masih boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here