[VIDEO] Nikmati keenakan Burger Boy tanpa was-was

0
36
Pengurus Burger Boy, Mohd. Khairi Amir Hamzah

CYBERJAYA – Mungkin masih ramai yang tidak menyedari bahawa Kumpulan Malakat turut menghasilkan makanan kegemaran ramai iaitu patti daging burger.

Di kiosk Burger Boy yang terletak di tingkat bawah pusat beli-belah Malakat Mall, pelanggan boleh merasakan sendiri keenakan patti burger tersebut yang dihasilkan sendiri oleh chef yang berpengalaman.

Nikmati keenakan burger sebenar di Burger Boy

Menurut Pengurus Burger Boy, Mohd. Khairi Amir Hamzah, keistimewaan produk ini adalah kesegaran patti burger yang digunakan, kerana ia diproses setiap hari di dapur berpusat milik Kumpulan Malakat, Brainy Kitchen.

“Burger ini menggunakan patti yang diproses secara homemade, dihasilkan 100 peratus oleh chef kita sendiri, di dapur berpusat milik kita.

“Oleh itu, pelanggan tidak perlu gusar dan was-was kerana pembuatannya dijamin halal,” kata Mohd. Khairi ketika ditemui, hari ini.

Kesemua burger di Burger Boy dihasilkan menggunakan patti gurger segar yang diproses harian di dapur berpusat milik Kumpulan Malakat.

Untuk rekod, dapur berpusat Brainy Kitchen turut memperoleh Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI) oleh kerajaan negeri Selangor, selain memiliki persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mohd. Khairi turut menjelaskan, terdapat 6 variasi burger yang dijual di Burger Boy, iaitu Spicy Zinger,Big Mouth, Honolulu, Cheese, BBQ Max dan Malaysian.

“Harga yang ditawarkan adalah berpatutan, bermula pada hanya RM9.90 bagi satu set hidangan,” tambah Mohd. Khairi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here