Virus Buster tawarkan pakej pembasmian kuman pada harga mampu milik

0
33
Virus Buster menawarkan pakej berkala pada harga mampou milik

PETALING JAYA – Virus Buster menawarkan pakej pembasmian kuman secara berkala kepada mana-mana premis pada harga mampu milik bermula RM450 sahaja.

Pengurus Virus Buster, Mohamed Fadzlee Arif berkata, pakej berkala selama empat kali sebulan itu ditawarkan kepada mana-mana pemilik premis yang berminat.

Mohamed Fadzlee berkata, pakej yang ditawarkan Virus Buster itu mendapat sambutan amat menggalakkan terutamanya apabila lebih banyak kelonggaran ketika ini.

“Pakej berkala dan berjadual ini sebenarnya ditawarkan pada harga yang amat berpatutan dan murah. Proses membasmi kuman akan dilakukan empat kali sebulan.

“Pelanggan tidak perlu risau kerana segala ubatan dan peralatan yang digunakan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pakej berkala ini amat sesuai buat masa ini terutamanya ketika orang ramai sudah mula ke pejabat dan juga restoran mula dibuka untuk pelanggan ‘dine ini’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malakat Tribune selepas proses membasmi kuman di Panasonic Life Solutions Malaysia Sdn Bhd di sini hari ini.

Menurut Mohamed Fadzlee, perkhidmatan membasmi kuman itu ditawarkan di seluruh negara kerana Virus Buster ketika ini mempunyai ramai usahawan di bawahnya.

“Sehingga kini sudah lebih 500 premis mendapatkan perkhidmatan kami, Alhamdulillah rata-rata pemilik premis berpuas hati dengan perkhidmatan kami,” katanya.

Viurs Buster ketika ini menerima tempahan yang amat menggalakkan

Selain itu katanya, Virus Buster turut menawarkan perkhidmatan membasmi kuman di rumah kediaman pada harga serendah RM100 pada keluasan 1,000 kaki persegi.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Virus Buster boleh menghubungi Mohamed Fadzlee di talian 016-2829537.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here