Wakil rakyat perlu guna dana peribadi untuk bantu rakyat

0
23
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Pelepasan Jentera Peduli Nadi Rakyat di ibu p[ejar PKR hari ini

PETALING JAYA – Semua wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Exco Kerajaan Negeri perlu menyumbang dana peribadi untuk tujuan membantu rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua wakil rakyat tidak seharusnya bergantung kepada dana atau sumber kewangan daripada kerajaan semata-mata.

“Bukan saja daripada upaya mereka mengambil wang kerajaan atau dapat derma tapi harus beri contoh yang baik dengan keluarkan dana sendiri,” katanya ketika berucap di Majlis Pelepasan Jentera Peduli Nadi Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang itu turut menjelaskan, parti politik haruslah dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat terutama ketika berdepan pandemik Covid-19 ini.

“Pada hemat saya, parti politik ruangnya bukan sahaja kemukakan usul, pandangan, dasar, beri teguran tapi memberi khidmat yang baik selain daripada usaha daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Saya bangga dan bersyukur kerana ada Ahli Parlimen, ADUN, dan pimpinan parti di semua peringkat terus menerus dengan program mengurangkan beban rakyat ketika berdepan pandemik ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar kerajaan dapat menyalurkan suntikan dana khas kira-kira RM45 bilion khusus untuk mengurangkan beban rakyat.

Jelas beliau, pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) juga meminta Kerajaan Persekutuan mengecualikan kadar faedah moratorium, selain dana itu untuk menyediakan makan minum, kesihatan dan pendidikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here