Wanita boleh pilih Kekasih di Malakat Mall

0
239
Yasmine Zainal menunjukkan produk Kekasih yang dijual di gerai jualannya di Malakat Mall

CYBERJAYA – Bagi kaum hawa yang ingin mencari ‘Kekasih’ boleh datang ke Malakat Mall di Cyberjaya sehingga 30 September ini.

Menarik bukan? Tetapi, jangan salah sangka. Kekasih itu bukanlah seperti yang anda fikirkan namun, ia merupakan produk kecantikan sebenarnya.

Gerai jualan usahawan milik, Yasmine Zainal, dibuka di Malakat Mall sehingga 30 September ini dengan semua produk Kekasih by The Melvins ada dijual.

Yasmine berkata, gerai jualannya menjual beberapa produk utama Kekasih iaitu antaranya Lip Matte, Mascara Hijab Mata dan Kekasih Wajah Foundation.

Yasmine menunjukkan cara penggunakan kosmetik Kekasih

“Jadi, pelanggan yang ingin mendapatkan produk Kekasih, boleh datang ke gerai jualan saya di lobi Malakat Mall. Harga jualan produk ini ialah antara RM29 hingga RM49.

“Untuk pembelian kombo dan sebagainya, kami ada sediakan saguhati untuk pelanggan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini,” katanya.

Jenama kosmetik Kekasih yang diasaskan oleh empat adik beradik iaitu, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin, dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019.

Jenama yang hadir menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation dengan harga mampu dimilik itu telah mencipta fenomenanya yang tersendiri.

Sejak awal dikeluarkan lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga sudah terjual ratusan ribu unit bagai pisang panas laris di pasaran.

Menurut Yasmine, ketika ini produk yang paling mendapat permintaan ketika ini ialah Mascara Hijab Mata Kekasih yang menepati citarasa kaum hawa.

Katanya, kelebihan Hijab Mata Kekasih ialah kesannya seperti bulu mata palsu, sangat mesra wudhuk, senang ditanggalkan, melentikkan bulu mata dan yang paling penting tidak menghitamkan bawah mata.

“Cara cucinya sangat senang. Hanya basahkan muka dan biarkan beberapa saat dan boleh cabut dengan menggunakan jari sahaja. Amat mudah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here