Wanita bukan Islam menangis lihat tukang rumah bersolat di tengah panas, akhirnya belikan kanopi

0
2743
Tangkap layar dari IG Story Wendy Gwen.

CYBERJAYA – Hanya menggunakan ‘common sense‘, seorang wanita bukan Islam di Sabah membuktikan sikap terpuji apabila sanggup menyediakan tempat solat untuk pekerja ubah suai yang bekerja di rumahnya.

Kisah itu dikongsikan oleh Wendy Gwen melalui Instagram story-nya, selepas melibat pekerjanya itu bersolat di bawah panas terik beralaskan atap zink.

Terkesan melihat perkara itu, dia dan suami membeli sebuah kanopi dan menyediakan tikar untuk dua pekerja itu bersolat dengan lebih selesa.

Bukan itu sahaja, dalam hantaranya itu, Wendy mengaku, kehadiran pekerja itu juga menjentik hatinya selepas melihat mereka terus bersolat setiap kali masuk waktunya.

“Saya tahu Tuhan sedang tegur saya dengan cara yang halus. Sejauh mana iman saya? Walaupun berlainan agama, kadang-kadang teguran dari Tuhan itu datang dengan cara yang kita tak jangka.

“Mungkin Tuhan mahu cakap.. tengok tukang kamu. Serba kurang ketika itu tetapi dia tetap kasi jalan tanggungjawab dia. Kamu manusia yang ada rumah selesa, ada kemudahan, ada kamu beribadah macam tu ka?,” katanya.

Tangkap layar dari IG Story Wendy Gwen.

Wendy berkata, selepas menyediakan sebuah kanopi, dia masih berasa bersalah kepada pekerjanya itu kerana tidak bertanyakan apa keperluan mereka sejak daripada awal.

“Selepas hari kedua saya perhati tukang itu dari tingkap. Masuk waktu saja, dorang solat.

“Kita ni? Islam ka bukan ka. Bila masuk waktu kita ada terus sembahyang ka? Atau kita tangguh?,” luahnya.

Tambah Wendy, ‘permandangan’ manusia bersolat yang diperhatikan dari tingkap dapur itu juga menyebabkan dia menangis tanpa sebab.

“Terus menitik air mata saya. Tidak tahu kenapa, tenang hati saya nampak itu tukang,” katanya.

Menurut Wendy lagi, dalam perkongsian itu dia mahu masyarakat supaya tidak menilai manusia melalui taraf sosialnya dan perlu dilayani dengan baik.

Tangkap layar dari IG Story Wendy Gwen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here