Wanita Myanmar salah guna identiti untuk dapat vaksin ditahan

0
23
E Sundra Rajan

MELAKA – Seorang wanita pendatang Mynamar ditahan polis ketika cuba mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 menggunakan identiti orang lain di sebuah klinik di Melaka Tengah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka Superintendan E Sundra Rajan berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan pada 18 Ogos lalu selepas menggunakan aplikasi MySejahtera yang didaftarkan atas identiti seorang pekerja lelaki syaarikat percetakan di Cheng, di sini.

Beliau berkata, kejadian mula disedari oleh mangsa yang juga warga asing selepas melihat status pengambilan dos pertama vaksin Covid-19 walaupun belum hadir menerima suntik berkenaan.

“Lelaki itu telah mengadu hal tersebut kepada majikannya sebelum majikan berkenaan membuat laporan polis yang mendakwa identiti pekerjanya telah digunakan oleh pihak ketiga untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini ssemalam.

Beliau berkata pihaknya telah merampas satu kad vaksin atas nama suspek, i-kad bertulis ‘Malaysia Immigration Regulations 1963 Visit Pass’yang dipercayai palsu, satu salinan kad pasport yang telah tamat tempoh dan telefon bimbit suspek.

Beliau berkata pihaknya mendapati klinik swasta terbabit telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, suspek direman selama 17 hari bermula 19 Ogos hingga 4 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran dan menggunakan identiti individu lain bagi pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here