Wanita Palestin hamil 9 bulan dibebaskan Israel dari penjara

0
71
Gambar pertama Anhar selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Israel

BAITULMAQDIS – Seorang wanita Palestin yang kini sedang sarat mengandung sembilan bulan, Anhar al-Deek dibebaskan dari penjara oleh pihak berkuasa rejim Israel.

Anhar, 25, bagaimanapun dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya dan dikenakan jaminan sebanyak 40,000 shekel (RM51,790).

Memetika laporan media antarabangsa Agensi, wanita itu sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa keselamatan negara haram Israel di Tebing Barat kerana dituduh cuba menyerang penempatan haram Yahudi.

Dia kini sedang menunggu perbicaraan berhubung kes tersebut.

Perbicaraannya dijadualkan berlangsung pada Ahad selepas ditangguhkan sebelum ini.

Wanita tersebut meminta supaya dibenarkan melahirkan anaknya di luar sebuah penjara di Haifa kerana wanita tersebut mengalami masalah kesihatan yang memerlukan dia menjalani pembedahan untuk melahirkan anak itu.

Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mengesahkan Anhar dibebaskan dari penjara kerana dia dijangka melahirkan anak dalam tempoh beberapa hari lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here