Warga asing yang enggan divaksin perlu dihantar balik – Najib

0
81
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya kerajaan menghantar pulang mana-mana warga asing yang enggan mengambil vaksin Covid-19 dalam tempoh empat bulan ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, selepas empat bulan majikan juga perlu dikenakan tindakan tegas termasuklah hukuman penjara sekiranya gagal memastikan pekerja yang diselia enggan mengambil vaksin.

“Realitinya di negara kita, bilangan pekerja asing adalah tinggi sama ada mempunyai permit atau sebaliknya.

”Sehubungan itu, saya mencadangkan semua warga asing termasuk pembantu rumah ini dipastikan mengambil vaksin penuh bagi memastikan Covid-19 tidak menular. Jika tidak, ia akan menular semula. Covid-19 tidak memilih sama ada seseorang itu warga asing atau rakyat tempatan.

“Beri masa pada mereka. Sekiranya selepas itu, masih ada yang enggan mengambil vaksin, tindakan tegas perlu diambil termasuk menghantar mereka pulang ke negara asal,” katanya dalam Dewan Rakyat ketika menyampaikan ucapan Perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata, negara tidak akan selamat daripada pandemik sekiranya penularan Covid-19 dalam kalangan komuniti warga asing tidak terkawal.

Sehubungan itu, katanya, tindakan yang tegas perlu diambil oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak penyakit itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here