Warung Chatok yang terletak di Neo Cyber, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Restoran makan tengahari dan makan malam popular, Warung Chatok yang diambil alih oleh Kumpulan Malakat Eco di Neo Cyber di sini dipecah masuk dipercayai pada malam Selasa lalu.

Pengurus Warung Chatok, Mohamad Khairul Izzat Zullkillly berkata, kejadian menyebabkan kehilangan wang tunai dan barang-barang kelengkapan restoran rosak.

Khairul berkata, kejadian disedari semalam ketika beliau tiba ke restoran berkenaan untuk memulakan operasi.

“Sebaik sahaja tiba di premis kedai ini, saya dapati bahagian pintu telah dikumpil dan berada dalam keadaan terbuka.

“Pemeriksaan saya mendapati kaunter juruwang berada dalam keadaan berselerak dengan wang berjumlah RM450 telah dilarikan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Turut dilarikan dalam kejadian itu duit kutipan derma untuk sekolah tahfiz yang tidak diketahui jumlahnya dan sebuah komputer riba berjenama Acer.

Susulan kejadian itu, Mohamad Khairul telah membuat laporan polis pada pukul 10.49 pagi semalam.

Warung Chatok diambil alih oleh Kumpulan Malakat Eco pada Julai lalu sebagai usaha kolaborasi dengan Malakat Food Sdn Bhd.

Restoran itu sebelum ini juga menjadi ‘stesen’ program Infaq Makanan Bermasak yang diedar secara percuma kepada warga Cyberjaya yang terkesan akibat Covid-19.

Premis berkenaan juga merupakan salah satu daripada tapak operasi wagon Tea Amo yang popular dengan minuman teh boba.

Pihak polis melakukan siasatan selepas menerima laporan kejadian kecurian di Warung Chatok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here