YouTuber maut jatuh semasa pembikinan video

0
233
Dmitry Beshentsev yang dirakam sahabatnya sebelum kemalangan di bangunan setinggi 5 tingkat di Moscow.

MOSCOW – Seorang YouTuber yang popular dengan video-video penerokaan bangunan usang, seram dan mencabar maut selepas selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat ketika membuat rakaman video terbaharunya.

Dalam kejadian pada 10 September lalu, Dmitry Beshentsev, 34, dilaporkan maut selepas bersandar pada tangga bangunan terbengkalai yang tiba-tiba tumbang.

Kejadian itu disaksikan oleh dua orang sahabatnya yang sudah berada pada bahagian bumbung yang lebih tinggi untuk merakam gambar.

Bangunan terbengkalai yang dibina pada tahun 1971 itu menjadi lokasi pelupusan kenderaan lama dan sedang dalam proses pengubahsuaian semula.

Kematian Beshentsev yang popular dengan gelaran Dima Vert itu mengejutkan kira-kira 80,000 pengikutnya di YouTube.

Dalam video terbaharu sebelum insiden itu, Dima Vert berkongsikan penerokaannya ke dalam terowong usang yang masih ditenggelami air dengan menggunakan kayak.

Penghasilan video bertemakan penerokaan urban menjadi antara kandungan popular di Eropah yang dianggap lebih mencabar daripada rakaman di tempat-tempat tinggi.

Dmitry Beshentsev

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here