Ziyad mohon maaf kepada rakyat Malaysia

0
120
Jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zokefli

CYBERJAYA- Jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zokefli memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Muhammad Ziyad turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberikan sokongan kepadanya.

“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.

‚ÄúTerima kasih memberi sokongan kepada saya,” itu luahan atlet berumur 31 tahun di laman Facebooknya hari ini.

Semalam, kemenangan Muhammad Ziyad dibatalkan berikutan protes dari kem Ukraine.

Muhammad Ziyad sebelum itu meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Stadium Olimpik, Tokyo.

Namun kem Ukraine tampil melakukan protes apabila mendakwa tiga atlet, Muhammad Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador lewat memasuki bilik menunggu.

Berikutan itu kontinjen negara juga mengesahkan telah mengemukakan bukti membantah protes kem Ukraine tersebut.

Ekoran bantahan itu, upacara penyampaian medal bagi acara berkenaan ditangguhkan dan keputusan rasmi akan diumumkan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here