Zizi Kirana selamat bergelar isteri kepada Yusof Bahrin

0
367
Zizi Kirana dan pelakon Yusof Bahrin selamat melangsungkan majlis pernikahan hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusof Bahrin, 29 selamat melangsungkan majlis pernikahan hari ini.

Kedua pasangan tersebut disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, pukul 10.30 pagi tadi.

Pada majlis itu, Zizi juga penyanyi lagu Eh menerima mas kahwin RM300, cincin berlian dan senaskhah al-Quran.

Semalam media melaporkan pasangan terbabit yang mula mengenali pada sesi rakaman program All Together Now Malaysia dua bulan lalu itu dilaporkan akan melangsungkan majlis pernikahan hari ini.

Pada awal September lalu, rakaman video Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang ketika sesi Instagram tular di Internet sekali gus menguatkan lagi hubungan cinta mereka.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here