11 barangan disenarai di bawah SHMMP sempena Deepavali

0
22

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menyenaraikan 11 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Deepavali yang disambut pada Khamis depan.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 11 barangan tersebut ialah ayam hidup; ayam standard; ayam super; daging kambing biri-biri import bertulang; telur ayam gred A, B dan C; cili merah; tomato; kelapa biji dan kelapa parut.

Kesemua barangan itu disenaraikan sebagai harga terkawal bagi tempoh 1 hingga 7 November ini.

“Jenis barangan yang ditentukan adalah barangan utama yang diperlukan semasa sambutan perayaan Deepavali.
“Kesemua barangan ini mendapat permintaan yang tinggi oleh masyarakat yang menyambutnya, oleh itu kawalan harga dibuat ke atas barangan ini bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran,” katanya.

Tambah Alexander, tempoh pelaksanaan iaitu tujuh hari adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa dan mendatangkan suasana ‘menang-menang’ kepada pengguna dan peniaga.

“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama,” katanya ketika majlis pelancaran skim tersebut secara maya, hari ini.

Beliau menambah, SHMMP Deepavali 2021 wajar dilaksanakan walaupun negara masih berdepan dengan penularan wabak Covid-19 atas justifikasi permintaan orang ramai terhadap barangan tertentu masih tinggi untuk menyambut perayaan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here