11,889 kes baharu hari ini

0
42
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 11,889 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,257,584 kes di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya tiga negeri kekal merekodkan kes harian empat digit hari ini.

Katanya, negeri tersebut ialah iaitu Sarawak dengan 2,413 kes, Selangor sebanyak 1,568 kes dan Johor sebanyak 1,217 kes.

“Negeri-negeri lain ialah Perak (959 kes), Sabah (872 kes), Kelantan (858 kes), Pahang (831 kes), Pulau Pinang (779 kes), Kedah (710 kes), Terengganu (699 kes), Melaka (378 kes), Kuala Lumpur (289 kes) dan Negeri Sembilan (197 kes).

“Perlis (81 kes), Putrajaya (36 kes) dan Labuan (dua kes),” menurut hantaran Facebook beliau di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here