180,000 petugas kesihatan di seluruh dunia jadi korban Covid-19

0
25
WHO

NEW YORK – Dianggarkan 180,000 petugas kesihatan di seluruh dunia maut akibat korban pandemik Covid-19 menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO dalam kenyataannya menganggarkan antara 80,000 hingga 180,000 petugas kesihatan maut di seluruh dunia sejak penularan wabak itu.

Menurut WHO, dianggarkan 135 juta orang bertugas dalam bidang perubatan dan kesihatan di seluruh dunia.

Kehilangan itu disifatkan WHO sebagai satu kehilangan yang besar dan signifikan kepada masyarakat dunia.

Agensi berkenaan memaklumkan seramai 3.45 juta orang maut akibat wabak Covid-19 antara Januari 2020 sehingga Mei 2021.

Selain bertarung nyawa dalam menjalankan tugas, petugas kesihatan juga berdepan dengan keletihan dan kemurungan melampau sepanjang pandemik.

Pengarah Jabatan Kesihatan Tenaga Kerja WHO, Jim Campbell berkata, lebih merisaukan sebahagian daripada kumpulan berkenaan masih ada yang tidak dilindungi sepenuhnya kerana tidak mendapat vaksin yang lengkap kerana masalah kekurangan bekalan di negara tertentu.

Di negara seperti Afrika dan Pasifik Barat, data setakat September lalu menunjukkan kurang daripada satu daripada 10 petugas kesihatan sudah menerima suntikan vaksin lengkap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here