24 pemain dan pegawai dijangkiti Covid-19, NSFC tarik diri saingan Piala Malaysia

0
198
NSFC terpaksa menarik diri saingan Piala Malaysia selepas 24 pemain dan pegawai dijangkiti Covid-19

CYBERJAYA – Pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) terpaksa menarik diri daripada baki saingan Piala Malaysia untuk musim ini selepas 20 pemain dan empat pegawainya positif Covid-19.

NSFC dalam kenyataan hari ini berkata, 24 pegawai dan pemainnya sedang menjalani kuarantin wajib di rumah dengan dipantau Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ujian pengesanan Covid-19 scara berterusan sedang dilakukan bagi mengesan kontak rapat pemain dan pegawai NSFC terlibat,” katanya.

Menurutnya, penarikan itu demi menjaga keselamatan semua pihak dan atas nasihat doktor pasukan.

“NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada penyokong kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober dan NSFC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.

Kenyataan media oleh NFSC

“NSFC juga berharap penyokong memberikan sokongan dan mendoakan kesejahteraan pemain dan pegawai pasukan.”

NSFC yang diundi dalam Kumpulan C bersama Kelantan, Kedah dan Melaka, mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan dan masih berbaki empat perlawanan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here