3 pemalsu dokumen untuk tukaran wang asing guna nama TMJ diburu

0
213
Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan tiga individu dipercayai terlibat dalam pemalsuan dokumen bagi tukaran mata wang asing berjumlah USD5 trilion (RM20.9) trilion dengan menggunakan nama Tunku Mahkota Johor.

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dokumen itu didapati telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar Datuk Seri mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, Polis Johor mendapat maklum mengenai perkara itu susulan laporan polis yang dibuat oleh ketua unit media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor kira-kira pukul 7 petang, semalam.

“Dokumen palsu itu mendakwa mendapat mandat Tunku Ismail bagi menjalankan urusan tukaran mata wang asing USD kepada Ringgit Malaysia (RM) yang bernilai USD200 billion sehingga USD5 trillion.

“Hasil semakan melalui laman WWW.ISTIADAT.GOV.MY mendapati penama yang bergelar Datuk Seri tersebut tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gelaran berkenaan,” ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Polis Johor sedang giat menjalankan siasatan mengesan ketiga-tiga suspek ini. Maklumat lanjut tentang kes ini masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here