34 maut akibat arak beracun di Rusia

0
28
Pihak berkuasa memeriksa balang berisi bahan yang digunakan untuk menghasilkan arak ‘beracun’ di Orenburg, Rusia.

MOSCOW – Sekurang-kurangnya 34 maut manakala 24 lagi dirawat dalam keadaan kritikal di hospital akibat keracunan arak yang dihasilkan secara haram di barat daya Rusia.

Pihak berkuasa tempatan di Orenburg berkata, seramai 67 mangsa dikenal pasti di wilayah itu yang mana sebahagian daripada telah meninggal dunia sejak minggu lalu.

Memetik laporan agensi berita TASS, kesemua mangsa mengalami keracunan yang teruk selepas mengambil minuman beralkohol yang dihasil tanpa kelulusan pihak bertanggungjawab.

Kebanyakan mangsa dikatakan mengalami muntah, sakit perut dan pening kepala yang teruk sejurus selepas mengambil minuman tersebut.

Dalam kejadian itu, penyiasat telah memberkas 10 individu yang dipercayai berkait dengan penghasilan dan penjualan arak berkenaan.

“Tujuh individu yang menjadi mangsa industri tidak bertanggungjawab itu kini sedang dirawat di hospital dalam keadaan serius dan empat daripadanya dirawat dengan bantuan ventilator,” kata penyiasat Orenburg dipetik agensi berita Interfax.

Menurut laporan pihak berkuasa, siasatan terhadap minuman itu mendapati kandungan metanol berada pada tahap lima kali ganda daripada jumlah yang boleh membunuh.

Berikutan itu, polis telah menyerbu lokasi pemprosesan arak dan merampas 2,000 botol arak yang dipercayai mengandungi metanol.

Seperti juga di India, rakyat Rusia yang diperakui mempunyai tabiat meminum minuman keras yang dibuat secara haram dan sering terdedah kepada keracunan alkohol yang kerap membunuh.

Botol berisi bahan yang digunakan untuk menghasilkan arak ‘beracun’ di Orenburg, Rusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here