Rebut nilai berganda melalui Kelab Malakat Eco VIP

0
29
Syaraff al-Sadat

CYBERJAYA – Orang ramai berpeluang menggandakan nilai perbelanjaan dengan menyertai kempen ‘Gandakan Kuasamu’ dan berpeluang menikmati satu kali ganda nilai baucer tunai dengan menjadi Ahli Kelab Malakat Eco VIP.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malakat Eco, Syaraff al-Sadat berkata, kempen Gandakan Kuasamu #VIP itu merupakan inisiatif pihaknya menambah nilai perbelanjaan kepada ahli-ahli kelab Malakat Eco melalui tawaran tiga kategori ahli VIP.

“Kita tawarkan peluang kepada 17,800 ahli yang sedia ada untuk menaik taraf ke peringkat VIP yang bermaksud “Very Intelliegent Pengguna”.

“Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menggandakan kuasa beli dalam tempoh 30 hari dengan memilih sama ada Silver VIP, Gold VIP atau Platinum VIP,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Pengumuman itu dibuat sempena pelancaran kempen Gandakan Kuasamu yang akan dilancarkan secara online di malakat.com hari ini.

Syaraf berkata, melalui keahlian Silver VIP, peserta perlu membayar RM300 untuk menerima baucer tunai bernilai RM600 yang akan diberikan setiap bulan selama 12 bulan. (RM50)

“Bagi Gold VIP pula, peserta perlu membayar RM600 untuk menerima gandaan nilai tunai sebanyak RM1,200 yang akan diberikan setiap bulan selama setahun (RM100).

“Manakala bagi Platinum VIP, peserta perlu membayar RM1,200 untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM2,400 (RM200 untuk 12 bulan),” katanya.

Keahlian Kelab Malakat Eco VIP memberi pulangan nilai tunai berganda kepada pelanggan.

Beliau berkata, bagi peserta yang mahu berbelanja secara ‘penuh’ nilai baucer, mereka boleh mengumpul sehingga bulan terakhir kerana setiap baucer sah digunakan sehingga bulan ke 12.

Tambah beliau, bagi ketiga-tiga keahlian VIP itu, peserta perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM50.

“Ini bukan baucer diskaun tetapi baucer tunai untuk anda terus berbelanja di Malakat Mall atau mana-mana outlet milik kumpulan Malakat Mall termasuk di semua cawangan Malakat Grocer.

“Selain itu, peserta juga boleh menggunakan baucer untuk berbelanja di Malakat Auto City,” katanya.

Tawaran nilai dan penjimatan berganda untuk pelanggan Kumpulan Malakat Eco.
Ahli kelab juga berpeluang berbelanja baucer tunai di Malakat AutoCity yang terletak berhampiran dengan Malakat Mall, Cyberjaya.

Sempena pelancaran kempen tersebut, beliau mengalu-alukan semua 17,800 ahli kelab Malakat Eco sedia ada dan orang ramai merebut peluang untuk jadi ahli VIP.

“Sebanyak 1,000 pendaftar pertama berpeluang memenangi hadiah istimewa yang kami tawarkan,” katanya.

Secara keseluruhan, pihaknya mensasarkan pendaftaran 15,000 ahli VIP yang akan menyatukan kuasa ekonomi ummah bersamaan perbelanjaan RM20,000 setahun bagi setiap keluarga.

Katanya, melalui sasaran itu, Kumpulan Malakat Eco mensasarkan peningkatan jumlah pendapatan daripada RM20 juta kepada RM300 juta tahun depan.

Sementara itu katanya, ahli Malakat Eco yang tidak menaik taraf kepada kelab VIP masih layak menikmati ganjaran mata perbelanjaan.

“Kami akan perkenalkan juga keahlian Hang Bangkit dengan bayaran ahli RM50 setahun pada bulan depan. Ahli masih menikmati ganjaran baucer RM5 bagi setiap perbelanjaan RM100,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here