Masih ramai tak rebut peluang di Malakat Mall

0
127
Produk terbaharu keluaran Pops-lab yang menggunakan biskut Biscoff.

CYBERJAYA – “Terima kasih Malakat Mall kerana menyediakan tempat untuk kami peniaga-peniaga kecil. Bukan senang untuk kami bertapak dalam mall dalam keadaan ekonomi dan pendapatan tidak menentu sekarang.

”Itulah luahan Syefry Moniz, 46, usahawan aiskrim jenama Pops-lab dari Putrajaya yang menyertai program jualan hujung minggu di Malakat Mall.

Beliau berkata, peluang yang diberikan oleh Malakat Mall sukar diperolehi di tempat lain kecuali bagi peniaga yang mampu ‘mencagarkan’ komitmen kewangan yang tinggi.

Selain itu urusan mendapatkan ruang niaga yang mudah, para peniaga langsung tidak dibebankan dengan kadar sewa yang tinggi.

Bahkan katanya, caj sewa tapak kira-kira RM10 sehari yang dikenakan sangat membantu usahawan sepertinya untuk memperkenalkan produk yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

“Dalam kalangan peniaga yang ambil bahagian, ramai yang memuji inisiatif Malakat Mall menyediakan peluang kepada peniaga pada kadar sewa yang seolah-olah ‘percuma’.

“Kami rasa sangat teruja kerana ada pusat beli belah seperti Malakat Mall yang betul-betul mahu membantu peniaga kecil.

“Cuma masih ramai peniaga yang merebut peluang ini sedangkan tempat dan kemudahan yang ada di sini cukup baik,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Syefry Moniz

Bekas jurugambar media itu berkata, walaupun menerima sambutan menggalakkan pada hujung minggu, beliau mencadangkan supaya pihak pengurusan Malakat Mall dapat menarik lebih ramai pengunjung melalui penganjuran acara-acara yang menarik.

“Saya mengikuti lama perkembangan Malakat Mall dan percaya mall ini ada sokongan yang baik daripada pengguna jika kena dengan caranya.

Saya doakan Malakat Mall terus maju demi manfaat peniaga seperti saya di luar sana,” ujar beliau.

Pelanggan menikmati aiskrim Pops-lab di Malakat Mall, Cyberjaya.

Menceritakan produk Pops-lab yang dihasilkan sendiri di rumah di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Syefry mengakui menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan yang gemarkan keaslian rasa buah pada aiskrim batangnya (popsikel).

Perniagaan aiskrim yang diceburi selepas syarikat akhbar tempat beliau bekerja menamatkan operasi pada 2019 kini memasarkan 18 jenis aiskrim dengan pelbagai perasa.

“Kebanyakan daripada aiskrim kami dihasilkan daripada buah-buahan segar dan tidak menggunakan perisa artifisial,” katanya.

Bagi promosi di Malakat Mall minggu lalu katanya, Popslab turut memperkenalkan aiskrim berperisa baharu iaitu biskut Biscoff.

Selain itu katanya, pelanggan juga diberi peluang untuk menikmati aiskrim beserta topping yang dihidangkan di atas pinggan kertas.

“Harga bagi aiskrim buah-buah seperti tembikai, tembikai susu dan buah naga dijual pada RM2 sebatang manakala aiskrim durian D24 dijual RM3 dan Musang King RM5 sebatang.

“Kami menyediakan 4 jenis topping buat masa ini iaitu Oreo, Biscoff, Chocholate Flake dan Chocholate Seeds. Insyallah kami akan tambah beberapa lagi topping pada masa akan datang,” katanya yang dibantu isteri, Marina Ismail, 43.

Aiskrim batang yang dihidang dengan pelbagai jenis topping.
Aiskrim batang yang dihasilkan daripada isu buah-buahan segar.

Syefry berkata, Pops-lab akan menemui peminat aiskrim di Malakat Mall, Cyberjaya pada 6 hingga 7 November depan dengan promosi beli 5 percuma 1.

“Kami kini sedang dalam proses perpindahan ke unit kedai di Zenopy Resident, Seri Kembangan yang akan dibuka insyallah pada Disember nanti,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi Syefry di talian 01130800825 atau layari laman Facebook : Aiskrim PopsLab Malaysia atau Instagram : Aiskrimpopslab

Senarai harga produk keluaran Pops-lab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here