5,516 kes jangkitan baharu hari ini, kekal bawah 6,000

0
14
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 hari ini kekal di bawah 6,000 apabila sebanyak 5,516 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes ialah sebanyak 2,407,382 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya ringkas menerusi media sosialnya di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here