5,745 kes jangkitan baharu hari ini

0
25
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 5,745 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini iaitu sedikit kenaikan berbanding 5,434 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini 2,401,866 kes.

“Kadar positif jangkitan Covid-19 negara yg dilaporkan hari ini adalah 3.77% (5,745 kes) dan menunjukkan trend penurunan. 

“Kesedaran orang ramai amat penting untuk dapatkan suntikan vaksin, patuh kepada SOP SOP jalankan ujian RTK-Ag berkala untuk lindung diri dan lkeluarga tersayang.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here