5,854 kes harian, menurun selepas tiga hari angka lebihi 6,000 kes

0
2

CYBERJAYA – Angka kes positif Covid-19 baharu di negara ini menurun kepada 5,845 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu daripada angka lebih 6,000 sejak tiga hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan baharu ini menjadikan kes kumulatif di negara ini kini sebanyak 2,466,663 kes.

Kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 6,000 kes ialah pada 26 Oktober lalu, dengan 5,726 kes direkodkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,832 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 8 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here