6,060 kes baharu; keputusan penggunaan ivermectin minggu hadapan

0
67
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara masih melebihi 6 ribu kes, apabila sebanyak 6,060 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Angka tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

Pertambahan ini, katanya lagi, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara sejak pandemik itu bermula kepada 2,460,809 kes.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu bahawa keputusan mengenai penggunaan ubat ivermectin akan diumumkan pada minggu hadapan.

“Perdebatan hebat tempatan mengenai Ivermectin akan diselesaikan tidak lama lagi. Kami melakukan kajian tempatan tentang Ivermectin dan hasilnya sudah ada.

“Dr. Kalai akan membentangkan ini secara terbuka minggu depan,” kata Khairy Jamaluddin dalam ciapannya itu.

Dr. Kalaiarasu Peariasamy merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM).

Ivermectin yang merupakan ubat bagi merawat kecacingan haiwan menjadi perbualan hangat selepas ada pihak mendakwa ubat tersebut mampu membantu menyembuhkan jangkitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here