7 maut ditembak dalam rusuhan politik di Sudan

0
73
Rakyat Sudan turun ke jalanan bagi membantah rampasan kuasa oleh pihak tentera.

KHARTOUM – Sekurang-kurangnya 7 maut manakala lebih 140 cedera selepas terkena tembakan dalam rusuhan antara penunjuk perasaan dengan pihak tentera di bandar ini.

Kekecohan berlaku ekoran penangkapan Perdana Menteri negara itu, Abdalla Hamdok yang disifatkan sebagai rampasan kuasa kumpulan oleh pihak tentera semalam.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan mendakwa pasukan tentera melepaskan tembakan secara langsung ke arah penunjuk perasaan sehingga mencederakan ramai perusuh di jalanan.

“Rakyat lebih kuat, lebih kuat’ dan ‘Berundur bukan pilihan!'” lapor Agensi Berita Anadolu.

Semalam Perdana Menteri bersama beberapa tokoh kanan kerajaan dilaporkan ditangkap dan dibawa ke lokasi tidak didedahkan.

Selain itu, pasukan tentera turut menahan penganjur-penganjur protes melalui pemeriksaan rumah ke rumah.

Percubaan rampasan kuasa itu berlaku setelah berminggu-minggu peningkatan ketegangan antara pemimpin sivil dan tentera Sudan.

Semalam, ketua majlis tentera yang memerintah Sudan Jeneral Abdel-Fattah Al-Burhan, mengisytiharkan darurat dan membubarkan Majlis Berdaulat yang diwujudkan untuk mengendalikan negara selepas penyingkiran Presiden Omar Al-Bashir.

Dalam pengumuman melalui televisyen, Jeneral Abdel Fattah al Burhan mendakwa tindakan rampasan kuasa itu adalah mengatasi kemelut peralihan kuasa yang tidak berkesudahan selepas penyingkiran pada 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here