7,276 kes baharu seluruh negara

0
76

CYBERJAYA – Sebanyak 7,276 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes pandemik di dalam negara kepada 2,353,579.

Bagaimanapun, beliau menambah, angka kes sembuh adalah lebih tinggi.

“Sejumlah 10,833 kes sembuh dicatat semalam.

“Sarawak merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 2,620 kes, diikuti Sabah dengan 1,639 kes,” kata Dr Noor Hisham dalam ciapannya hari ini.

Beliau kemudiannya menambah, angka terkini akan dimuat naik ke portal Covidnow pada tengah malam nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here