7,509 kes baharu, KKM tidak akan beri muka pada golongan anti-vaksin

0
363
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 7,509 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara sejak pandemik iti bermula kepada 2,384,542 kes.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar hari ini berkata, pihaknya akan berterusan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Menurut laporan portal Utusan Online, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” kata Khairy Jamaludin selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairy turut menegaskan, Kementerian Kesihatan (KKM) berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian palitan Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.

Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah.

Dijangkakan lebih banyak batasan yang akan ditetapkan kemudian, diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here