90.4 peratus individu dewasa lengkap divaksinasi

0
7
Data yang dikongsikan JKJAV.

CYBERJAYA – Peratusan populasi dewasa yang lengkap suntikan vaksin Covid-19 di negara ini kini mencecah 90.4 peratus bersamaan 21,154,357 orang setakat semalam.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan memaklumkan, dalam tempoh itu juga sebanyak 94.8 peratus atau lebih 22 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Bagi jumlah vaksinasi harian di seluruh negara pula, jumlah suntikan yang diberikan semalam berjumlah 184,486.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 33,040 diikuti Johor (20,784), Perak (15,312), Kedah (13,891) Kelantan (9,704), Pahang (9,202) dan Pulau Pinang (8,965).

Menurut maklumat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Lembah Klang merekodkan jumlah vaksinasi tertinggi kepada dewasa iaitu 112.2 peratus diikuti dengan Labuan (99.2), Negeri Sembilan (98.9), Perlis (94.2), Pulau Pinang (90.5), Kelantan (74) dan Sabah (65.5)

Sementara itu negeri yang mencapai kadar vaksinasi 80 peratus ke atas adalah Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Melaka dan Sarawak.

Seramai 283 atau 9.0 peratus daripada populasi remaja sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksinasi yang diberikan melalui Program Imunisasi Covid-19 (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu adalah 45.835 juta dos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here