91.2 peratus individu dewasa lengkap dua dos vaksin

0
4
Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Sehingga semalam, sebanyak 91.2 peratus atau 21,355,550 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 95 peratus atau lebih 22,247,174 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan dos pertama.

Menurut data itu juga, sehingga semalam, sebanyak 206,418 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 28,310, diikuti Johor (24,476), Selangor (17,538), Perak (17,240) Kedah (11,397), Kelantan (10,995) dan Terengganu (10,564).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here