93.8 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksinasi

0
7
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencecah 93.8 peratus setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, aperatusan itu adalah bersamaan dengan 21,960,911 individu dewasa.

Menurut portal itu lagi, dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari itu meningkat kepada 47,838,886.

Sementara itu, sebanyak 2,662 dos penggalak (booster) kepada kumpulan sasar turut diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 21,477.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 806,330 individu atau 25.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 2,463,207 individu atau 78.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here