94.5 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksinasi

0
13
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 22,126,379 atau 94.5 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat malam tadi.

Maklumat itu adalah berdasarkan data yang dimuat naik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal COVIDNOW.

Dalam tempoh sama, sejumlah 97.4 peratus atau 22,808,491 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 113,547 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 94,354 suntikan dos lengkap dan 11,016 suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,944,761.

Sementara itu, setakat semalam juga, sebanyak 1,533,774 individu atau 48.7 peratus golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi manakala 80.9 peratus atau 2,547,162 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 8,177 dos penggalak vaksin COVID-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 93,151.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here