95.5 peratus populasi dewasa lengkap terima suntikan vaksin

0
6
Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

KUALA LUMPUR –  Setakat pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 95.5 peratus atau 22,348,481 individu dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW berkata, sejumlah 97.7 peratus atau 22,866,371 individu pula telah menerima satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 75,874 dos vaksin harian diberikan semalam membabitkan golongan dewasa dan remaja.

“Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,012,681 dos,” katanya.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,063,107 individu atau 65.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,639 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September.

Dalam pada itu, sejumlah 20,370 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 291,409 dos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here