‘Abang rider’ bersama Yadim bantu golongan memerlukan di Sarawak

0
31
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad melakukan simbolik pelepasan bagi kerjasama itu di sini

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bekerjasama dengan penghantar makanan atau komuniti P Hailing membantu golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Semariang di sini.

Menurut Yadim dalam satu kenyataan, kerjasama itu juga antara usaha melestari gerakan dakwah, kerjasama dengan pelbagai pihak perlu dilaksanakan untuk kepentingan dan manfaat semua.

“Menerusi kerjasama ini, komuniti P Hailing ini akan membantu Yadim Sarawak selepas ini bagi urusan pengagihan sumbangan di kawasan Semariang.

Seramai 61 orang asnaf yang dikenalpasti dalam program Musa’adah Yadim 3.0 di sini.

“Seramai 15 ahli komuniti ini terlibat dalam kerjasama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad melakukan simbolik pelepasan bagi kerjasama itu di sini.

Dalam majlis berasingan, Idris turut menyampaikan sumbangan kepada 61 orang asnaf yang dikenalpasti dalam program Musa’adah Yadim 3.0 di sini.

Katanya, majlis itu yang diadakan di Masjid Al Ghazali di sini ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeeda Aman Ghazali; Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh; Pengarah Jabatan Agama Islam Sabah, Khalidi Ibrahim serta wakil-wakil agensi agama Islam Persekutuan dan negeri.

Dalam majlis itu, Yadim turut menyampaikan sumbangan RM1,000 bagi tujuan mengimarahkan masjid berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here