Ahli Parlimen Bangi positif Covid-19

0
49

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming memberitahu beliau disahkan positif Covid-19, hari ini.

Ong memaklumkan keputusan itu menerusi satu ciapan di akaun twitter miliknya.

ONG KIAN MING

Kata Ong, keputusan itu diketahui selepas memperoleh keputusan ujian kendiri Covid-19 pada 3.30 petang tadi, dan kemudian disahkan sekali lagi menerusi keputusan ujian PCR yang dijalaninya sejam kemudian.

“Saya tidak mengalami sebarang gejala. Saya akan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

“Akan meluangkan masa sejam berikutnya untuk memaklumkan perkara ini kepada kontak rapat saya,” katanya dalam ciapan tersebut.

Kata Ong lagi, beliau diuji negatif pada Rabu lepas di Parlimen dan tidak pasti bagaimana beliau boleh dijangkiti Covid-19.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, tiada individu di Parlimen diuji positif Covid-19 pada sesi yang sedang berlangsung, hari ini.

Semua yang hadir ke Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan petugas diwajibkan menjalani ujian RTK antigen secara rawak pada setiap Isnin dan Rabu sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan pandemik itu dan memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan dengan selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here