Air mula disalurkan 6.30 petang ini di Sepang dan Kuala Langat

0
23

Seorang penduduk mengambil bekalan air di lori tangki Air Selangor

CYBERJAYA – Kerja baik pulih paip pecah berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang dekat sini sudah mencapai 29 peratus setakat jam 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Basri berkata, kerja pembaikan mengalami kesukaran disebabkan paip yang pecah terletak berhampiran kawasan sungai.

“Pengukuhan tebing perlu dilaksanakan terlebih dahulu di kawasan tersebut sebelum kerja membaiki paip pecah boleh dilakukan. Kerja pembaikan dijangka siap pada pukul 6 petang hari ini.

“Berikutan itu, air dijangka akan mula disalurkan pada jam 6.30 petang hari ini secara berperingkat-peringkat ke 145 kawasan di Wilayah Sepang dan 11 kawasan di Kuala Langat setelah kerja-kerja siap dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Elina, bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6 petang, esok.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya.

Elina turut menasihatkan pengguna supaya mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here