Anak Sukarno murtad ke agama Hindu pada usia 70 tahun

0
2436
Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri

JAKARTA – Anak perempuan bekas Presiden Sukarno, Diah Mutiara Sukmawati Sukarnoputri, 69, dilaporkan keluar dari ajaran Islam untuk menganuti agama Hindu.

Memetik laporan berita Indonesia, Sukmawati dikatakan telah murtad dan akan menjalani upacara khas yang dinamakan Sudhi Wadani di Sukarno Center Heritage di Bale Agung, Singaraja, Bali bagi tujuan itu.

Upacara yang dijadualkan berlangsung pada hari ini iaitu hari jadi ke 70 Sukmawati akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan beliau.

Permurtadan pengasas Parti Nasional Indonesia (PNI) itu dikatakan bagi menganut semula agama leluhur neneknya, Nyoman Rai Sirimbe.

Sukmawati merupakan anak perempuan daripada perkahwinan Sukarno dengan isteri ketiganya, Fatmawati.

Dia juga merupakan adik beradik kepada Presiden kelima Indonesia, Megawati Sukarnoputri.

Penghijrahan agama itu dikaitkan dengan perpindahan Sukmawati ke Bali yang terkenal sebagai pusat ajaran Hindu terkemuka di negara itu.

Sejak hampir 20 tahun lalu, Sukmawati dikatakan giat menghadiri upacara keagamaan Hindu.

Selain penglibatan dalam politik, Sukmawati juga aktif dalam bidang tarian, lukisan dan sastera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here