Anggota bomba lemas disahkan meninggal dunia

0
222
Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh ketika diselamatkan semalam

MELAKA – Anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini petang semalam disahkan meninggal dunia.

Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, 46, di sahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, awal pagi tadi.

Mohd. Diya yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.11 pagi tadi.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here