Angka kes baharu semakin menurun

0
99
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 di seluruh negara semakin menunjukkan penurunan apabila sebanyak 5,434 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ciapannya sebentar tadi, pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara sejak pandemik itu melanda negara kepada 2,396,121 kes.

Sementara itu, dalam ciapannya sebelum itu, Dr. Noor Hisham turut berkongsi visual data yang menunjukkan kadar jangkitan dalam negara kini berada dalam keluk menurun.

“(Setakat semalam), Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di seluruh negara kini berada pada kadar 0.88,” kata beliau dalam ciapan itu.

Data yang dikongsikan menunjukkan, angka Rt semasa nasional iaitu 0.88 adalah lebih rendah daripada sebulan yang lalu iaitu sebanyak 0.95.

Negeri dengan Rt tertinggi setakat semalam adalah WP Putrajaya iaitu 1.04 (22 kes baharu), diikuti Negeri Sembilan dengan 1.03 (214 kes baharu).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here